Wednesday, February 17, 2016

Hal Ehwal Tariqat Ghazaliyyah 2



23.0 ADAB-ADAB MURID TARIQAT GHAZALIYYAH



24.0 ADAB-ADAB MURSYID TARIQAT GHAZALIYYAH



25.0 SANAD AT-TARIQAH AL-GHAZALIYYAH


Daripada Rasulullah s.a.w, kepada

Huzaifah Al-Yaman, kepada

Hasan Al-Basri, kepada

Habib Al-Ajami, kepada

Daud At-Ta’i, kepada

Ma’ruf Al-Karkhi, kepada

Siri As-Saqti, kepada

Junaid Al-Baghdadi, (yang kemudiannya mengasaskan jalannya atau mazhab tasawufnya sendiri) kepada

Abu Sa’id Al-‘Arabi, kepada

Abu Talib Al-Makki, kepada

Syeikh Yusuf bin Muhammad, kepada

Syeikh Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf , kepada

Imam Abu Al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah, kepada

Imam Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad).


*Sampai di sini, suatu ketika Imam Al-Ghazali berasa bahawa dengan segala ilmu, iman dan amal yang ada padanya selama ini daripada sanad yang di atas, belumlah dapat mencapai maksud yang dikehendakinya. Oleh itu, Imam telah beruzlah selama lebih kurang 10 tahun. Dalam uzlah inilah akhirnya barulah beliau berjaya mencapai matlamatnya, barulah beliau berpuas hati lalu mengasaskan satu jalan kerohanian atau mazhab tasawufnya sendiri yang kita kenali sebagai At-Tariqah Al-Ghazaliyyah (Tarekat Ghazaliah).  


Daripada Imam Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad), kepada

Imam Ahmad Al-Ghazali (Abul Futuh Mujiduddin Ahmad bin Muhammad), kepada

Syeikh ‘Ainul Qudhat al-Hamadani (Abul Ma’aali Abdullah bin Abu Bakar Muhammad), kepada

Salah seorang murid Syeikh ‘Ainul Qudhat.


*Pada usia yang masih muda (33 tahun), Syeikh ‘Ainul Qudhat telah difitnah oleh pihak-pihak yang dengki kepadanya lalu dihukum mati oleh pemerintah tempatan. Semua individu yang ada kaitan dengan ‘Ainul Qudhat juga dicari oleh pihak berkuasa. Murid-muridnya terpaksa menyembunyikan diri atau menukar identiti mereka. Hal ini menyebabkan penerus kepada ajaran Syeikh ‘Ainul Qudhat ini tidak dapat dikenalpasti. Oleh sebab itu, sanad Tariqat Ghazaliyyah ini tidak dapat diketahui, sehinggalah beberapa generasi kemudiannya barulah dapat dizahirkan semula oleh As-Sayyid Syeikh Ahmad Ad-Dayurbi.


As-Sayyid Syeikh Ahmad Ad-Dayurbi, kepada

Syeikh Ismail bin Muhammad Salim, kepada

Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi, kepada

Kiai Muhammad Salleh Gunung Pondok, kepada

Ustaz Abdullah Khandaq, kepada

Ustaz Muhammad Salleh bin Abdul Rahman As-Sibyani, kepada

Abu Zulfiqar Al-Amsyari



25.0 CONTOH SUKATAN PENTARBIYYAHAN TARIQAT GHAZALIYYAH
(*Sekadar panduan, bukan ketetapan mutlak)


PERINGKAT PENGENALAN

Menerima amalan Zikir Harian Tariqat Ghazaliyyah dan berusaha mengamalkannya secara istiqamah.


PERINGKAT PERTAMA

         i.            Meneruskan amalan Peringkat Pengenalan.
       ii.            Berusaha untuk menghadiri mana-mana majlis pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika tidak dapat, memadailah dengan majlis pengajian kitab Minhaj al-‘Abidin. Jika tidak dapat juga, bolehlah ditampung buat sementara dengan majlis pengajian kitab Siyarus Salikin. (Kitab Ihya’ atau kitab Minhaj merupakan “pakaian diri” bagi ikhwan Tariqat Ghazaliyyah). Sekiranya tidak ada juga, berusahlah mencari mana-mana kelas pengajian kitab tasawuf sebagai penampung.
      iii.            Bagi mereka yang mampu untuk membaca dan memahami sendiri kitab-kitab yang dinyatakan tadi, bolehlah berbuat demikian. Dari segi penghayatannya, bolehlah dirujuk kepada mu’allim tariqat ini, atau sekurang-kurangnya orang yang ada ilmu tentang kitab itu sekalipun orang itu bukan bertariqat Ghazaliyyah.
     iv.            Berusaha untuk menghadiri mana-mana majlis-majlis keagamaan khususnya majlis ilmu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
       v.            Berusaha untuk menghadiri majlis-majlis Tariqat Ghazaliyyah ini sekiranya ada, untuk mendapatkan penjelasan dan pemahaman lanjut dari semasa ke semasa.
     vi.            Berusaha untuk mendapatkan solat fardhu berjemaah di masjid, surau atau yang seumpama dengannya (bagi yang lelaki).
    vii.            Hendaklah berusaha menutup aurat dengan sempurna. Elakkan bertabaruj (berhias-hias bagi wanita di depan yang bukan mahramnya).
  viii.            Berusaha untuk membaca Al-Quran dengan menatapnya pada setiap hari walaupun sekadar 1 ayat sahaja (kepada yang belum boleh membaca Al-Quran, hendaklah berusaha belajar).
     ix.            Berusaha untuk sentiasa berkelakuan baik dan membuang perlakuan-perlakuan yang buruk di mana-mana sahaja kita berada.


PERINGKAT KEDUA

         i.            Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan dan Peringkat Pertama.
       ii.            Memahami dan menghayati Zikir Harian (melalui penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya oleh orang yang tahu sekalipun dia tidak bertariqat Ghazaliyyah).
      iii.            Mendapatkan amalan Wirid Harian Tariqat Ghazaliyyah dan berusaha mengamalkannya secara istiqamah.
     iv.            Mengetahui latar belakang Tariqat Ghazaliyyah (melalui penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya ikhwan Tariqat Ghazaliyyah sahaja, supaya tidak berlaku salah faham).
       v.            Ambil tahu tentang sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah.


PERINGKAT KETIGA

         i.            Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan, Pertama dan Kedua.
       ii.            Memahami dan menghayati Wirid Harian Tariqat Ghazaliyyah ((melalui penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya oleh orang yang tahu sekalipun dia tidak bertariqat Ghazaliyyah).
      iii.            Mengetahui dan memahami latar belakang Tariqat Ghazaliyyah (melalui penjelasan oleh mu’allim Tariqat Ghazaliyyah atau sekurang-kurangnya ikhwan Tariqat Ghazaliyyah sahaja, supaya tidak berlaku salah faham).
     iv.            Mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan sunat dalam agama Islam khususnya yang dianjurkan oleh Tariqat Ghazaliyyah.
       v.            Mula mempelajari dan mengetahui intipati kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Kimiya’ as-Sa’adah dan Misykat al-Anwar.


PERINGKAT KEEMPAT

         i.            Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Ketiga.
       ii.            Mengamalkan dan memahami amalan-amalan sunat dalam agama Islam khususnya yang dianjurkan oleh Tariqat Ghazaliyyah.
      iii.            Mengetahui dan memahami intipati kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Kimiya’ as-Sa’adah dan Misykat al-Anwar.
     iv.            Ada pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu mukasyafah dan ilmu mu’amalah.
       v.            Ada pengetahuan tentang syariat dan haqiqat.


PERINGKAT KELIMA
         i.            Meneruskan amalan-amalan Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat.
       ii.            Umumnya mengamalkan dan menghayati seluruh pelajaran penting dalam Tariqat Ghazaliyyah.
      iii.            Sentiasa berusaha untuk menjadi contoh ikutan yang baik dari segi rohani dan jasmani.
     iv.            Umumnya memahami seluruh hal ehwal Tariqat Ghazaliyyah.
       v.            Memahami dan menghayati intipati kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Al-Munqiz min adh-Dhalal, Ar-Risalah al-Laduniyyah, Kimiya’ as-Sa’adah dan Misykat al-Anwar.
     vi.            Memahami akan ilmu mukasyafah dan menghayati  ilmu mu’amalah.
    vii.            Mampu “menyeimbangkan” antara haqiqat dengan syariat.
  viii.            Mampu menyampaikan/mengajarkan isi pelajaran Tariqat Ghazaliyyah
     ix.            Layak mengijazahkan amalan tariqat ini kepada orang lain (tetapi belum layak mengijazahkan ilmu dan tariqat ini)


PERINGKAT KEENAM

         i.            Umumnya memiliki semua ciri dari Peringkat Pengenalan sehingga ke Peringkat Kelima.
       ii.            Sentiasa berusaha dan mampu menjadi contoh yang baik dari segi rohani dan jasmani.
      iii.            Stabil dalam “menyeimbangkan” antara haqiqat dengan syariat (orang yang gagal atau sukar “menyeimbangkan” antara haqiqat dengan syariat, hilang kewarasan, gila isim, mudah mabok (sakr), asyik terfana’, tenggelam tanpa kesedaran diri dan seumpamanya tidaklah layak menjadi mu’allim tariqat ini).
     iv.            Memahami ilmu mukasyafah dengan baik dan berpengalaman luas dalam ilmu mu’amalah dan pengamalannya.
       v.            Sekurang-kurangnya mampu menyampaikan pengajaran menggunakan kitab Minhaj al-‘Abidin, dan terlebih baik jika kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, walaupun sekadar kepada satu orang.
     vi.            Mampu menyampaikan/mengajarkan Tariqat Ghazaliyyah.
    vii.            Layak mengijazahkan amalan, pengetahuan dan tariqat ini kepada orang lain.
  viii.            Layak menerima bai’ah.

Saturday, February 6, 2016

Huraian Zikir Harian Tariqah Al-Ghazaliyyah



FADHILAT (KELEBIHAN) BERZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH)

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku (berzikirlah), nescaya Aku ingat (pula) kepada kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengengkari-Ku.” (Al-Baqarah : 152)

Dengan berzikir kepada Allah, Allah akan beri lebih perhatian dan kasih sayangNya kepada kita. Apabila Dia memberi lebih perhatian dan kasih sayang, maka semakin mudahlah segala urusan kita dengan Dia, iaitu segala urusan keduniaan dan keakhiratan.

“Dan ingatlah akan Tuhanmu (berzikirlah) dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk kalangan orang-orang yang lalai.” (Al-’Araaf: 205)

Berzikir dapat mengelakkan kita daripada termasuk ke dalam kalangan orang-orang yang lalai.

“Dan milik Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati (berzikir kepada) Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” (Ali-‘Imran : 190-191)

Dengan berzikir dapat menjadikan diri kita orang yang berakal di sisi Allah SWT, orang lebih berilmu dan lebih penghayatannya.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (zikrullah) hati menjadi tenang tenteram.” ( Ar-Ra’ad : 28 ).

Dengan berzikir, keimanan kita bertambah dan hati lebih tenang.
  
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik amalan kamu yang amat suci di sisi Allah, yang meninggikan darjat kamu ke peringkat yang tertinggi, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak, yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan leher kamu?”
Para sahabat berkata : “Apakah itu wahai Rasulullah?”
Sabdanya : “Mengingati Allah (zikrullah).” (Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah)

“Tiadalah seseorang mengerjakan suatu amalan yang lebih selamat baginya daripada seksa kubur selain ingat akan Allah (zikrullah).” (Turmizi, Ibnu Majah)

“Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Turmizi, An-Nasa’i)

“Perbandingan antara orang yang berzikir (ingat akan Allah) dengan orang yang tidak berzikir (tidak ingat akan Allah) adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir (tidak ingat akan Allah) adalah seperti orang mati.” ( (Bukhari, Muslim)

“Jika seorang daripada kamu tidak berani untuk beramal pada malam hari, tidak dapat membelanjakan hartanya pada jalan Allah kerana bakhil, dan tidak dapat berjuang pada jalan Allah kerana takut, maka hendaklah mengingati Allah (berzikrullah) sebanyak-banyaknya.” (Baihaqi, Thabrani, Al-Bazzar)

“Sesungguhnya sudah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang bagus untuk kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari Qiamat dan dia banyak ingat akan Allah.” (Al-Ahzab : 21)





FADHILAT KALIMAH LAA ILAAHAILLALLAAH

“Iman itu lebih daripada 60 cabang, yang paling tinggi ialah kalimah Laa Ilaahaillallaah dan yang paling rendah ialah membuang duri dari tengah jalan.” (Bukhari & Muslim)

Cabang iman yang paling tinggi ialah pengetahuan, pemahaman, pengamalan dan penghayatan kalimah “Laa Ilaahaillallaah”.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Ibnu Majah).

Zikir “Laa Ilaahaillallaah” merupakan zikir yang paling mulia.

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah “Laa Ilaahaillallaah”.” (Ahmad)

Kalimah ini merupakan anak-anak kunci syurga.

Rasulullah bersabda : “Perbaharuilah iman kalian.”
Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?”
Baginda menjawab : Perbanyakkanlah mengucapkan “Laa Ilaahaillallaah.” (Ahmad, Thabrani)

Menzikirkan kalimah ini merupakan pembaharuan iman.

“Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Laa ilahaillallaah dengan hati yang ikhlas.” (Bukhari)

“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Thabrani)

“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya, melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahannam. Kalimah itu ialah “Lailahaillallah”.” (Al-Hakim)



Disiarkan buat pertama kali pada 6 Februari 2016